Sunday, 9 October 2011

Elektrik

  1. Arus elektrik ialah cas elektrik yang bergerak.Pengaliran cas elektrik berlaku apabila elektron-elektron dalam satu bahan bergerak pada satu arah tertentu.
  2. Elektron-elektron dalam satu bahan biasanya bergerak secara rawak antara susunan atomnya.Apabila elektron-elektron ini bergerak pada satu arah tertentu, satu arus elektrik akan terhasil.
  3. Bahan pengalir elektrik (konduktor elektrik) ialah:
    • logam seperti aluminium
    • larutan asid dan bes
  4. Bahan penebat pula merupakan bahan yang tidak mengalirkan arus elektrik seperti;
    • kayu,PVC,getah,plastik
    1. Alat-alat yang boleh menghasilkan cas elektrik yang bergerak termasuk sel ringkas,sel kimia,dan penjana Van de Graff.
      Penjana Van de Graff
      sel kimia
         
      Kilat juga terbentuk akibat daripada wujudnya cas-cas elektrik

      No comments:

      Post a Comment

      Post a Comment